«

Mar 29

TIPS MENAIKKAN SALES : BINA TRIBE

panduan simple fb ads malaysia

Seperti yang dijanjikan saya akan kongsikan tips apabila menepati syaratnya. Jadi saya ingin berkongsi satu tips bagaimana ingin menaikkan sales tanpa buat fb ads.

Apa yang saya maksudkan adalah kita bina branding. Branding itu adalah diri kita sendiri, bukan produk kita. Mula-mula diri kita dahulu dan produk akan menyusuli apabila nama kita sudah dikenali di kalangan rakan facebook.

Bagaimanakah kita nak bina tribe?

Dalam rakan facebook kita berlainan latar belakang dan juga berlainan minat. Ada yang berminat tentang homeschooling, natural birth, ada yang suka baca tentang pengalaman orang yang bekerja dari rumah, ada yang suka baca tentang masakan, ada yang suka baca tentang tips sama ada tips business atau tips kurus, ada yang suka baca tentang motivasi dan lain-lain.

Jadi mula-mula, apa yang anda perlu buat:

-Letakkan nama sebenar di facebook
-Letakkan profile picture gambar anda bukan gambar kucing
-Setting akaun facebook kepada public agar rakan kepada rakan kita dapat juga baca status
-Cari apa yang anda minat kongsikan. Kongsikan secara konsisten selama 21 hari dan inshaallah bila dah selalu buat ia akan jadi biasa
-Dalam sehari jangan banyak sangat iklan produk
-Jangan tulis status tentang perkara negatif dan perkara tidak berfaedah, contohnya saya tengah bosan
-Konsisten tulis status tentang dan lama-kelamaan anda berjaya bina tribe yang saya maksudkan.
Kesan yang anda akan dapat secara tak langsung dari ini adalah akan menaikkan Sales anda sebab customers akan cari anda dan berminat dengan produk anda.

SELAMAT MENCUBA