«

»

Jul 19

Tarikh Pilihan Raya Umum Ke 13 Malaysia 2012

Salam Sejahtera buat semua..

He he.. hope sahabat semua dalam keadaan ceria sepanjang minggu ini dan kehadapan… topik hangat diperkatakan sekarang adalah tarikh pilihanraya Umum ke 13 yang masih menjadi teka teki hingga ke hari ini yang mana kita semua ketahui bahawa tarikh itu hanya Pendana Menteri iaitu Yab Dato’ Seri Haji Najib Bin Abd Razak Dan Allah s.w.t sahaja yang mengetahuinya …

GuruCyber sebenarnya tak berapa nak berminat untuk menulis tentang politik dalam blog ni sebab blog ni lebih kepada panduan untuk menjana income di internet ..panduan menjana pendapatan di internet secara percuma untuk semua… namun di sebabkan GuruCyber fikir topik ni hangat diperkatakan so , nak bincang la serba sedikit tentang topik tarikh pilihanraya Umum ke 13 ni…

tarikh pilihanraya ke 13

Pada awal tahun dahulu ramai yang meramalkan tarikh pilihanraya ke 13 akan berlangsung pada hujung mei 2012 hingga awal jun 2012 .. namun semua ramalan itu meleset… paa ketika itu kedua-dua pihak iaitu parti memerintah dan pihak pembangkang sibuk menganjurkan pelbagai program terutama sesi ceramah penerangan , ceramah umum dan pelbagai program lagi demi untuk menarik/membeli hati pengundi untuk mengundi mereka di hari pengundian….

Berakhirnya bulan jun… kini ada ura-ura pula tarikh pilihanraya umum ke 13 akan dilangsungkan dalam bulan september 2012 … ada kemungkinan ya dan ada kemungkinan tidak… hehe sama-sama kita nantikan…

Jika dilihat dengan program yang di anjurkan oleh pihak kerajaan .. dengan pelbagai jenis bantuan disalurkan kepada rakyat … ada kemungkinan ya ! Pilihanraya Umum Ke 13 akan dilangsungkan dalam masa terdekat iaitu september 2012  .. tambahan pula kenyataan yang dikeluarkan oleh orang no 2 … Tan sri Muhyidin yasin lebih suka pilihanraya diadakan tahun ini juga dengan alasan momentum sokongan rakyat sekarang sudah memihak kepada kerajaan ….

Namun jika dilihat dari sudut pandangan orang no 1 pula , beliau lebih suka menghabiskan penggal pemerintahan yang diberikan rakyat iaitu 5 tahun dan hanya berakhir april tahun 2013 ..

Erm… itulah serba sedikit tentang senario politik negara kita sekarang … buat anak muda yang baca artikel ini…  jangan tinggal langsung bab politik ni.. kena tengok juga sekali sekala sebab anda semua akan manjadi bakal pemimpin negara pada masa akan datang … ambil yang baik dan tinggalkan yang buruk…

Ok lah .. cukup sampai disini sedikit cuitan tentang tarikh pilihanraya umum ke 13 oleh GuruCyber… tak nak cuit banyak-banyak sebab kalau cerita bab politik ni 3 hari 3 malam belum tentu habis… sekian

p/s : kalau tanya GuruCyber… mybe 1 ogos bubar parlimen… september berlangsung … hehe