«

»

Jan 19

Tarikh akhir pembubaran DUN negeri dalam malaysia untuk PRU 13

Salam sejahtera semua..

Walaupun tarikh pilihanraya umum di Malaysia menjadi teka teki dan hak peribadi setiap perdana menteri Hakikatnya parlimen wajib dibubarkan dalam tempuh yang terdekat.

Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, dan Yang Dipertuan Agong merupakan ketua negara. Perlembagaan Persekutuan telah digubal bagi memastikan kewujudan sistem tersebut.

Salah satu ciri demokrasi berparlimen ialah pembahagian kuasa pentadbiran kepada tiga badan iaitu badan perundangan, badan kehakiman dan badan pemerintah atau eksekutif.

Pilihan raya umum diadakan setiap lima tahun sekali bagi melantik ahli-ahli Dewan Rakyat. Parti politik yang mendapat undi terbanyak layak membentuk kerajaan bagi memerintah negara.

Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan tertinggi di Malaysia. Melainkan apabila dibubar, parlimen akan terus bersidang untuk tempoh lima tahun bermula dari tarikh pertama mesyuarat diadakan selepas pilihan raya umum melainkan ia dibubarkan.

Pada akhir tempoh lima tahun, Parlimen terbubar secara automatik dan pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran bagi melantik perwakilan di Dewan Rakyat.

 


JOHOR -21/3/2013

NEGERI SEMBILAN -26/3/2013

PAHANG -7/4/2013

SELANGOR – 22/4/2013

PERAK -24/4/2013

MELAKA -26/4/2013

PERLIS -28/4/2013

KELANTAN -28/4/2013

SABAH -29/4/2013

KEDAH – 2/5/2013

PULAU PINANG -2/5/2013

TERENGGANU -5/5/2013

Kesimpulannya…

DAN PARLIMEN MALAYSIA TERBUBAR SECARA RASMI PADA …..

PARLIMEN MALAYSIA BUBAR SECARA AUTOMATIK
 28/4/2013..

 

SEMOGA TERUS MARA WAHAI PARA PEJUANG RAKYAT…..