rapidshare ucap selamat tinggal 31 mac

March 6th, 2015 by | Posted under Ilmu Internet, Ilmu Komputer.

RapidShare merupakan antara laman popular
terawal yang menawarkan sokongan
perkongsian fail, sekaligus memudahkan
pengguna untuk menghantar fail kepada
rakan-rakan yang mana ketika itu tidak
disokong saiznya melalui fungsi attachment.

Kini, selepas beroperasi lebih kurang 13 tahun,
laman tersebut akan menamatkan operasinya
pada bulan hadapan.

RapidShare, dengan kebolehan hos akan fail
bersaiz besar, ia turut menjadi salah satu
laman yang digunakan ramai untuk berkongsi
fail berhak-cipta. Perkara ini turut
membuatkan RapidShare menjadi salah satu
sasaran pihak berkuasa sebelum ini.

Untuk mengelakkannya, pihak RapidShare
sebelum ini telah menjenamakan semula
perkhidmatan mereka sebagai ruangan storan
awan.

Namun, dengan pelbagai perkhidmatan,
terutamanya daripada gergasi internet lain, ia
membuatkan pihak RapidShare sukar untuk
bersaing dan mendapatkan angka pengguna
tinggi seperti pada awalnya.

Kini, RapidShare melalui laman rasmi mereka
telah pun mengumumkan yang mana mereka
akan menamatkan perkhidmatan pada 31 Mac
2015. Selepas tarikh tersebut, semua akaun
dan fail pada pelayan mereka akan dipadam
secara automatik.

Pihak RapidShare meminta pengguna sedia
ada untuk membuat salinan pendua simpanan
fail mereka, sebelum ia terpadam dalam
tempoh lebih kurang sebulan lagi.

Comments are closed.