«

»

Aug 08

Pelaburan hartanah sangat menguntungkan .

panduan beli rumah dan hartanah

Pada tahun 2011 saya beli sebuah condo di klang valley untuk melabur dengan harga RM 235K sahaja, ansuran bulanan adalah RM 951 , kadar sewa RM 1900, setiap bulan lepas tolak maintenance fees dapat RM 800 positive cashflow.

-Hari ini condo tersebut harga naik kepada RM 380K, kadar sewa hari ini masih dalam RM 1900-RM2000, kalau beli condo sekarang dengan harga RM 380K , ansuran bulanan adalah RM1600, lepas tolak maintenance fees positive cashflow RM 150+

-Jadi ramai orang tak nak beli kerana positive cashflow cuma RM 150++, sebenarnya sekarang melabur hartanah condo /Apartment di klang valley positive cash flow tidak lagi macam dulu boleh dapat RM 500 setiap bulan, kerana harga hartanah sudah naik dari RM 200k naik kepada RM 400K. Hari ini pasaran hartanah sudah tukar, banyak strategy tidak boleh digunakan seperti positive cash low RM 400-500 sebulan.

-Ramai orang tanya saya adalah masa sekarang masih sesuai beli hartanah untuk melabur?

– Pendapat dari saya, sekarang masih boleh melabur hartanah tapi jangan beli hartanah yang terlalu mahal, dalam range harga RM 200-RM 350K apartment subsales di klang valley.

Mengapa beli harga range RM 200-RM350K?

-Kerana modal kena keluar tidak banyak.
-Kerana lebih senang dapat penyewa dengan kadar sewa RM 1200-1800
-Kerana risiko lebih rendah apabila economy crisis
-Kerana loan lebih senang luluskan dari bank.
-Kerana lebih senang jual apabila holding power tidak cukup kuat.

-Sebelum beli hartanah mesti jelas dengan personal financial diri sendiri, jangan beli hartanah ikut kawan kerana setiap individu mempunyai commitment dan income berbeza -beza.

Financial Coach

Credit : Mr Tee