«

»

Jul 21

Panduan AFD – Langkah 1

Salam sejahtera buat semua sahabat GuruCyber…

Lama tidak bersua … maaf dipinta , saya amat sibuk dengan tugas hingga tak sempat nak menulis berkonsi pengalaman dengan sahabat sekalian…

Orait .. seperti yang telah saya janjikan , saya akan mula menulis berkaian dengan AFD atau ia adalah singkatan bagi Adsense For Domain ..

Saya tidak akan menceritakan lagi apa dia AFD sebab a telah saya tulis dalam post yang lepas so boleh la belek2 semula post belakang tuh bagi sesiapa yang masih belum faham apa dia AFD … cuma nak bakar semangat skit .. AFD adalah cara pantas jana income dalam Adsense .. namun.. jangan anggap ia terlalu mudah .. tetapi tidak mustahil jika diusahakan dengan sabar dan tekun..

Tengok gambar kat sebelah tu … hehe .. itu lah kedudukan kita sekarang .. baru belajar bertatih dan saya akan tunjukkan langkah demi langkah bagaimana menjana wang dari adsense for domain..

Apa yang saya harapkan adalah , kita semua dapat berusaha bersama-sama dengan tekun dan sabar… tak mudah putus asa dan yang penting berdoa agar dipermudahkan olehNYA … InsyaAllah ..

Ok .. langkah pertama .. tidak lain dan tidak bukan adalah DAPATKAN DOMAIN !

Dimana nak dapatkan domain ? saya cadangkan sahabat semua dapatkan dari sini  . Mengapa ?  sebab tutorial lepas ni saya akan gunakan domian dari sana .. so mudah nak faham dan satu lagi .. di Go Daddy kita boleh dapatkan Domian dengan HArga yang agak murah … KLIK SINI untuk dapatkan domain .

Cara :

1. Klik sini – Untuk ke go daddy
2. Pergi ke menu Domain > Klik  ‘ Bulk Domain Name Registration’
3. Daftar sekurang-kurangnya 6 domain

Sebelum daftar domain pastikan anda memilih domain yang termasuk dalam HPK atau High Paying Keyword .. Boleh ke sini  untuk check samada keyword anda tersebut adalah HPK atau tidak ..

cara lain untuk p=tentukan HPK adalah anda boleh google HPK 2011 .. dan anda akan dapat banyak maklumat tentang HPK dari laman-laman blog diinternet …

terus terang saya katakan .. saya sendiri lebih menggemari keyword berasaskan health … dan setakat ini ia memberikan pulangan lumayan buat saya .. contoh keyword yang agak tinggi nilainya adalah seperti ‘ cancer , insurance , property dsb .. cara membeli domian juga telah saya nyatakan dalam post sebelum ini …

so , setakat ini dulu langkah pertama dalam AFD … dapatkan domain …

sekian .. sebarang pertanyaan meh kita kongsi bersama di bahagian komen ..

 

 

 

 

GuruCyber says:

1. Content dalam tu semua akan dimasukkan oleh google .. semua ads
2. AFD dilarang sama sekali ping kat mana-mana.. juga dilarang promote sebenarnya… visitor perlu cari sendiri url tu..

soz says:

salam guru…
xbrapa fhm sgt pasal AFD sbb newbie lagi pasal benda ni
1. kalo user klik alamat domain cth “www.breast.cancer.info” nnt display web kosong tanpa content?
2. cara nk promote web domain tu bleh di ping kt mna2 ping engine atau cmna

GuruCyber says:

Ye.. kena beli domain .. murah je kat godaddy.com …

amirsyuhada says:

kena beli domain ke?

GuruCyber says:

Dalam USD1 je satu domain … +- RM3.00 satu domain..

kotak^magika says:

brapa harga kalo 6 domain tu?

GuruCyber says:

Apa yang saya faham .. niche ada lah pengkhususan topik/bidang/maklumat/etc yang kita pilih…. contoh kita nak tulis tentang buah-buahan tempatan so kita pilih satu Buah rambutan .. so bila orang search buah rambuta ia akan bawa ke blog kita … maka niche kita adalah buah rambutan .. kalau nak cerita detail pasal niche ni banyak sebenarnya.. tapi itu yg paling mudah nak faham..
HPK pulak adalah niche yang mahal harga nya .. setaip klik yang diterima dibayar mahal…
Jadi , niche tu banyak tapi bukan semua niche adalah HPK …

ietchan-kun says:

guru, between HPK dgn niche tu ape bezanye?? sbb sy tgk dlm ni http://www.yournextniche.com sume berbeza2 rank die..ataupun blh pkai yg ni utk beli domain name?