«

»

Nov 08

Komen SPAM di laman blog GuruCyber.net

Salam sejahtera buat semua..

Hari ni nak kongsi pasal komen spam yang setiap hari masuk ke inbox blog gurucyber.net … 

Tengok gambar dibawah ni  ..

spam comment for backlink( klik untuk besarkan gambar yer :-) )

Ok.. sebenarnya saya menerima tidak kurang dari 30 komen yang perlu di moderate setiap hari dalam inbox gurucyber.net… kadang-kadang nak gelak pun ada pasal baca komen ni .. ada komen yang membina , ada komen yang seperti meluahkan perasaan ada juga komen yang mengutuk..

Itulah kepuasan seorang blogger seperti kita semua apabila membaca pelbagai komen dari pembaca setia blog kita ..

Cuma , apa yang hendak dikongsi pada hari ini adalah pasal komen kat atas tu .. mula-mula buka inbox nampak kira ok la ramai yang komen omputih ada orang tak berapa putih pun ada .. omputih tu boleh dikatakan 99% adalah SPAM .. dan orang yang tak berapa putih ni kena tengok jugakla .. ada yang spam ada yang betul-betul..

Macamaner diaorang buat koemn spam tu nanti kita akan bincangkan dalam post hari lain.. hari ni nak ajak semua pembaca setia blog gurucyber gelakkan komen kat atas tu ..

Ok .. ada siapa-siapa  yang faham dengan komen kat atas tuh ? ha ha, 2-3 kali jugak saya baca sebenarnya .. tapi makin banyak kali baca makin tak faham..

So , nampak sangat itu adalah keje omputih yang guna translater untuk convert dari English ke bahasa melayu dan spam komen kat blog gurucyber nih..

Apa tujuan diaorang nak spam ? … sebenarnya itu adalah salah satu cara nak dapatkan backlink dari blog ni ..

Untuk pengetahuan semua pembaca , blog ni PR nyer adalah PR3 .. sebab tu ramai sangat nak backlink dari sini.. blog ni baru jer sebenarnya tapi ntah macamaner google boleh bagi PR3 kat blog ni .. syukur je lah..

Tapi.. satu lagi untuk pengetahuan semua.. dengan kelahiran google panda , kepentingan backlink sudah jatuh no 2 dimata google .. apa yang dipandang google sekarang adalah kualiti content blog tersebut..

Kualiti maksudnya bagaimana .. ia adalah dari segi artikel yang bukan copy paste , artikel yang mamapu menyelesaikan masalah pembaca , artikel yang dapat memberi manfaat pada pembaca dan artikel yang ilmiah ..

Mybe sebab tu la blog gurucyber ni diangkat ke PR3 walaupun masih baru dipersada dunia internet .. chewah ! masuk bakul angkat sendiri la pulak.. haha .. jangan marah yer.. gurau jer..

Ok la .. rasanya cukup sampai sini dulu..

pengajaran yang boleh dikongsi hari ni adalah buatlah satu blog yang berkualiti disamping kita mencari backlink juga yang berkualiti ..

Jangan jadi tukang spam semata-mata untuk mendapat ranking dari google..kerana kalau salah spam kita akan ditertawakan seperti komen spam diatas dan menampakkan kebodohan kita pada orang lain..

nizarazu says:

hehe..biasela, spam ni memang perlu dihapuskan.. pakai akismet pun ok :)