«

»

Aug 10

Kisah Pakcik Kaya

pakcik kayaSeorang pak cik bekerja dengan keras selama 30 tahun sebagai seorang tukang besi di sebuah kedai yang buruk dan kecil, setiap hari pakai pakaian kotor dan hitam.

-Suatu hari seorang budak jiran masuk tempat kerja pak cik, dan tanya pak cik selama 30 tahun bekerja keras ini, adakah pak cik dapat cari wang?

Pak cik tidak ada bagi apa apa jawapan kepada budak itu cuma senyum sahaja……

-Pak cik bermula bekerja semasa umur 17 tahun, dengan gaji sebulan baru RM 60.

-Dia mula buat niaga tukang besi sendiri pada umur 25 tahun, dengan modal RM 6000, pada tahap permulaan setiap hari kerja sampai pukul 11p.m kadang kadang sampai pukul 1p.m,pekerjaan agak keras ,perlukan tenaga dan air peluh yang banyak.

– Keuntugan yang dapat dalam niaga,melabur dalam niaga contoh beli mesin dan bahan-bahan. Kehidupan dengan jimat cermat, kerana pendapatan cukup cukup untuk bebelanjaan sekeluarga.

-Dia bermula melabur hartanah pada umur 30 tahun,pada masa tu hartanah masih murah,tapi modal yang dia ada cuma cukup cukup bayar deposit, yang lain dapatkan pinjaman daripada bank.

-Pada umur 40 tahun dia baru memiliki sebuah rumah sendiri selamanya tinggal rumah ibu bapa.

-Pada umur 43 tahun dia baru memiliki sebuah kereta tempatan yang baru.

-Pada umur 46 dia bermula melabur rumah condo di klang valley.

-Pada umur 49 tahun dia bermula melabur rumah kedai.

-Pada umur 52 tahun dia bermula melabur rumah kilang.

-Pada umur 55 tahun dia masih bekerja sebagai tukang besi setiap hari bekerja dengan rajin tanpa tekanan.

Success it’s not always what you see….

Resepi kejayaan pak cik adalah

Work> Income > Saving > Business> Saving > Investment>Gain wealth

Financial Coach
Kredit : Mr Tee