«

»

Mar 09

Ketua yang baik Vs Ketua yang hampagas (hampas)…

boss bos 2

VS

Salam sejahtera buat semua … harap sihat la yer…

Hari gurucyber nak cerita bab bos pulak.. kalau anda seorang bos juga boleh baca post ni dengan hati yg terbuka… he he..

Untuk menjadi ketua yang baik, kita harus bijak berkomunikasi menangani sesuatu isu.. Sering kita lihat manusia akan menyalahkan sesama sendiri apabila sesuatu masalah timbul.. Setiap individu akan menyerang sesama sendiri bagi menunjukkan dia sajalah yang betul..

Ini silap!

Apabila sesuatu masalah timbul, fokus pada permasalahan itu, bukan individu.. Apabila kita mengalih perhatian kepada individu, masalah lain akan timbul.. Masing-masing cuba mempertahankan diri sendiri hingga sanggup membuka pekung di dada individu lain..

Kata-kata kesat dan mengaibkan mungkin dilemparkan.. Ini hanya akan memburukkan lagi keadaan..
Tetap fokus pada masalah.. Cuba cari punca masalah.. Tegur akan masalah yang timbul.. Bukan menyerang peribadi seseorang..

Kemudian senaraikan tindakan yang boleh dilakukan bagi mengatasi.. Pilih yang terbaik dan laksakan pemulihan.. Ia akan menjadi mudah apabila kita dapat berkerjasama dalam suasana yang harmoni..

Orang yang fokus pada INDIVIDU
“Kamu lembab la Ali!”
“Kau pon sama macam bapak kau!”
“Soh Lin terlalu bodoh..”

Orang yang fokus pada MASALAH
“Kerja kamu tertangguh lagi..”
“Kau kena bersopan dengan orang tua..”
“Terdapat kesilapan dalam laporan awak..”

Bos kita dok bahagian mane yer… jom kongsi….

GuruCyber says:

Betul faiz… bukan senang nak jadi ketua yang baik ni… banyak cabaran …

faiz says:

rasenye ketua yg baik ialah ketua yg sentiasa membingbing org bawahnya…sentiasa support bkn hanya cari kesalahan org bahawan die saje..