«

»

Jul 29

Jana Income di Internet Tanpa Trafik ?

Salam ramadhan buat semua..

Jana Income di Internet Tanpa Trafik ? He he .. sengaja saya timbulkan persoalan sebegini malam ni … sebab rata-rata penulis blog di internet mengatakan bahawa ” Content Is King …. Traffic Is Queen “… betui ka ?.. hehe jom sama-sama kita kupas sikit demi sedikit persoalan ini…

cara jana income tanpa trafik

Okay , jom mulakan sesi pecah bendung kita … atau istilah omputih ice breaking … kalau nak sumbang saran karang tak boleh pulak sebab sumbang saran ni kena ramai-ramai pastu minta pendapat dari setiap orang .. tu dipanggil sumbang saran… tapi pecah bendung ni adalah cara kita nak cuba berfikir diluar kotak kebiasaan kita berfikir …

Ok , kita ulang balik.. jana income di internet tanpa trafik  ..  Jika kita melihat secara logik akal fikiran kita memang kita akan mengatakan 100% bisness kita akan gagal tanpa kehadiran traffic .. betui tak ?… namun jika kita teliti betul betul … blog yang dilimpahkan trafik juga banyak yang gagal menjana income di internet .. hehe apa hal plak tu yer ?

So , kita balik semula.. adakah trafik perkara kedua penting selepas content untuk menjana income di internet ?.. pada pandangan peribadi saya adalah TIDAK…

Saya ambil contoh mudah .. 2 buah blog yang menjual belacan goreng dan kedua-duanya kita akan bekalkan dengan trafik 100 Unique Visitor ( uv )  setiap hari  dari lokaliti yang sama…Theme blog yang sama .. ayat promosi  yang sama .. segalanya sama … bezanya  Admin Blog A memaparkan gambar belacan yang dibungkus denga kertas sura khabar dan Admin Blog B memaparkan belacar yang dibungkus dengan plastik hadiah… hehe .. agak2 yang mana akan mendapat jualan ?…

Dua , Branding diri penjual… adakah kita ada brand ?.. apa yg dikatakan ada brand… maksud saya disini kita lebih dikenali oleh orang luar benbanding pesaing .. ini juga point penting untuk berjaya dalam bisness internet ..  bagaimana ingin dikenali ?.. hu hu .. kita akan bincang dilain masa dalam bab menjual diri ..

Ok balik pada topik  jana income di internet tanpa trafik adakah boleh berlaku ?.. jawapan saya … ya boleh .. bagaimana caranya ? 

Erm .. caranya .. saya nak bawak satu cerita .. cerita pasar malam… di tempat saya iaitu bandar Muadzam shah Pahang … pasar malam/pasar tani di adakan setiap hari sabtu bermula jam 8.00 pagi hingga 9.30 malam.. sebelah pagi jualan ikan sayur dan sebagainya hingga kira-kira jam 5 petang dan sebelah tengahari jualan barang2 keperluan lain seperti pakaian dsb hingga ke malam…

Ok.. dalam keghairahan peniaga@penjual mempromosikan barangan jualan mereka dengan pelbagai ayat dan kata kata bombastik untuk menarik orang datang ke gerai mereka saya terlihat kelibat seorang cina tua yang sedang memikul sesuatu dan singgah ke setiap gerai itu .. saya amati betul-betul… beliau berkomunikasi dengan setiap peniaga disitu .. beliau tidak melayan pelanggan yang ramai tetapi hanya peniaga sasaran beliau… apa yang dipikul ?

Erm.. saya dekati cina tua itu … dan saya menegur .. “Alo Apek .. apa balang dalam lu punya kotak ?”  saya menegur . Apek jawab “… owh .. ini ka .. ini ala plastik la.. ini sume olang meniaga mau pakai pelastik .. kici ada busat pun ala… lu meniaga apa ?.. mau pakai pelastik ka ?… “.. ho ho .. apek jual plastik rupanya … Bijak memang bijak…

Bali rumah saya terfikir .. mybe konsep itu boleh diaplikasikan ke internet … maksudnya bukan kita tarik pembeli ke blog kita tapi kita yang mendapatkan pembeli di hadapan pintu rumah mereka .. kita dapatkan ereka di paparan PC @ Laptop mereka … ok .. sekarang nampak cara jana income di internet tanpa trafik ?   Kita tak perlu bergantung kepada trafik yang masuk ke blog kita untuk menjual .. tapi kita yang bawa barang dagangan kita bertemu mereka…

Sebenarnya teknik ini dah lama di praktikkan oleh mereka yang pakar namun tidak didedahkan secara terbuka… mereka mengatakan trafik terlalu penting … trafik terlalu penting hinggakan newbie@ orang baru nak meniaga diinternet banyak menghabiskan masa untuk mencari traffic… tapi tetap tidak menjual…

Hari ini saya nak ubah minda sahabat semua… ingat traffic penting namun bukan syarat utama untuk berjaya menjual di internet …

Selepas ini saya akan kongsikan bagaimana cara untuk menghantar produk jualan kita ke muka pintu pembelitanpa perlu bersusah payah menarik traffic ke blog kita .. hehe … jumpa lain masa … ingat ! trafik bukan syarat utama untuk berjaya menjual diinternet … jom jana income di internet tanpa trafik !!!! 

Saya dah lama berblog tapi tak tahu cara nak janakan duit. Boleh ajar apa kaedahnya?

Awat tak bagi copy.

Atan Wahab says:

Jumpa balai Polis berdekatan…mereka bolih tunjuk

hisham says:

betul jugak tuh…. kalo xkenalkan diri sendiri, macam ner orang nak kenal kita.. ye x?

Angheluta says:

Maaf sebelumnya Mbak btnioa,perkenalkan nama saya ahmad, sy tgl d jambibolehkah saya sedikit memberi saran atas masalah yang mbak hadapi!pertama : karena mbak mencari pasangan hidup untuk sampai mati,maka yang perlu dilakukan dan di ingat adalah :1. carilah yang berdasarkan 4 kriteria (agama,keturunan,harta,dan tampang)dan seutama-utamanya ialah yang berdasarkan agama, karena itulah yang akan membawa kita menghadap Allah nanti dengan keadaan yang lebih baik. akan tetapi untuk mendapatkan hal tersebut yang mbak btnioa lakukan adalah dengan “perbanyak Mengingat Allah” dengan cara zikir dan juga sedekah.selanjutnya ialah mbak btnioa lakukan “sholat Taubat” mohon ampu pada Tuhan atas dosa yg pernah dilakukan dan mohon kepadanya jalan yang terbaik untuk hidup mbak btnioa selanjutnya. itulah jalannya yang bisa sy sarankan.maaf bila ada kata2 saya yg menyakitkan.wass. Ahmad (athaifur@yahoo.co.id)

Fheris says:

Mantap bosss….

asepharyono says:

thanks for your visit to my blog