Hootsuite memudahkan !

March 14th, 2016 by | Posted under Umum.

Hootsuite jimatkan masa anda untuk update status di media sosial.

Jika anda seorang usahawan internet yang aktif di media sosial, tetapi tidak mempunyai masa untuk melayari internet 24 jam sehari anda tentu berminat dengan hootsuite  .. anda kurang masa tetapi mahu dilihat sentiasa update perkembangan dan status terkini di media sosial seperti facebook, instagram, blog dan lain-lainya, aplikasi hootsuite adalah penyelesaian untuk anda .

Aplikasi hootsuite ini sangat bermanfaat dan membantu terutamanya bagi usahawan internet yang mempunyai banyak medium sosial serta mempunyai banyak FanpageFacebook Autolike Scripts. Read more ... » Facebook dan Group Facebook contohnya.

Bayangkan seorang usahawan yang mempunyai 30 Fanpage dan 50 Group Facebook aktif yang menjual pelbagai produk. Ini tidak termasuk akaun lain seperti Tweeter, blog, instagram dan lain-lain lagi.

Kerja-kerja update ini sudah tentunya amat memenatkan dan mengambil masa kita berjam-jam lamanya.

Kekerapan sesorang usahawan internet untuk mengemas kini status terutamanya di ruangan media sosial juga penting. Selain menunjukan ke aktifan seseorang melayari internet ianya dapat meningkatkan kepercayaan prospek anda, selain membantu untuk membantu meviralkan iklan produk di facebook anda contohnya.

Antara fungsi dan kelebihan hootsuite untuk usahawan internet :
Fungsi post status ke pelbagai media sosial secara real-time
Post status boleh di jadualkan mengikut masa yang kita mahu post tersebut di paparkan
Fungsi untuk melampirkan gambar dan pautan turut tersedia
Paling menarik aplikasi Hootsuite ini boleh digunakan secara percuma dan tanpa perlu diinstal ke laptop / pc kita.

Anda boleh daftar akaun percuma Hootsuite anda melalaui pautan berikut https://hootsuite.com/.

Comments are closed.