«

»

Jul 08

Gambar majlis perkahwinan Ella

Gambar majlis kawin ella

Akhirnya… bertemu jodoh juga diva ratu rock negara iaitu Ella atau nama sebenar Norzila Aminuddin .. Majlis pernikahan mereka diadakan di rumah keluarga Ella di Teluk Gadung, Klang di sini kira-kira pukul 10.30 malam Sabtu.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Jurunikah Masjid Nurul Iman, Klang, Baharuddin Abu Bakar berwalikan abang sulung pengantin perempuan, Mohd Noor Izam Aminudin.

Ella dan Azhar sebelum itu telah ditunangkan sebelum majlis akad nikah bermula.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima RM50,300 sebagai mas kahwin berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.

Gambar majlis perkahwinan ella