«

»

Sep 28

Cis ! Lawatan Yang Tidak Di Undang …

Salam sejahtera buat semua..

He he , agak keras bunyi tajuk hari ini ..  Ini betul-betul… Tapi ini bukan marah ! bukan juga geram ! .. cuma nak kongsi satu cerita yang maybe sahabat semua dah tau , namun saya nak kongsi juga dengan sahabat semua.. terutama adsense player macam saya ..

lawatan google adsense spider  Ok , sebenarnya saya nak kongsi berkenaan dengan gambar disebelah tu ..

Cuba perhatikan bahagian yang saya tanda tu , ‘ A visitor from Mountain View , California ‘ 

Bunyinya macam best je kan ? Blog ada visitor dari oversea .. blog BM jer tapi omputih pun masuk.. Haha ..

Sebenarnya bagi adsense player sekelian .. itulah lawatan dari spider untuk adsense player.. Spider-spider ni semua bersarang di Mountain View tu dan akan melawat laman2 blog atau web yang meletakkan Code adsense di web/blog mereka ..

Spider inilah yang akan merekod maklumat dari blog dan jika didapati ada aktiviti yang dianggap melanggar T.O.S mereka , spider ini akan hantar laporan kepada Bos google untuk BAN akaun adsense kita …

Spider ni ada yang panggil robot .. tak kisahla aper pun tapi itulah tugasnya..

Jadi selepas saya cerita ni .. jangan la takut pulak untuk terus beradsense … lawatan spider atau robot ni memang biasa sebenarnya .. cuma bagi mereka2 yang menggunakan cara yang salah ( Black hat ) akan merasa sedikit gerun dengan kehadiran spider dari Mountain View nih… bagi yang menggunakan cara betul tak jadi masalah ..

Satu blog saya yang menggunakan kaedah autoblog , hampir setiap hari ada lawatan dari mountain view .. namun akaun tersebuat masih berjalan seperti biasa..

InsyaAllah post akan datang saya akan berkongsi dengan Apakah dia autoblog ,apakah kelebihan autoblog berbanding blog biasa ,  adakah autoblog selamat untuk adsense dan bagaimana untuk memiliki sebuah autoblog ..

Not found.
jual blackberry says:

makasih atas infonya