Peroleh Rm1000 seminggu hanya dengan menjual madu

February 7th, 2017 by | Comments Off on Peroleh Rm1000 seminggu hanya dengan menjual madu | Filed in Umum

Rm1000 seminggu bukan mustahil untuk dicapai . Itulah kata2 seorang penternak lebah kelulut yang sedang hangat di perkatakan sekarang .

Saya sendiri mempunyai pengalaman selama lebih 2 tahun dalam penternakan dan mengakui pendapatan sedemikian memang dapat di capai oleh seseorang penternak.

Ramai yang masih kurang mengenali apakah yang di katakan lebah kelulut . Mulai hari ini saya akan mengupas satu persatu apakah yang dikatakan ternakan lebah kulut dan langkah demi langkah memulakannya .

ternakan lebah kelulut boleh dijadikan salah satu sumber pasif income bagi kita kerana ia hanya memerlukan perhatian yang sederhana dan hanya sekali modal permulaan .

Bagi mereka yang berminat untuk bermula boleh mula mengikuti perkembangan di blog ini dan saya akan kongsinya berdasarkan pengalaman dan ilmu dari kursus kursus yang saya telah hadiri .

 

Hootsuite memudahkan !

March 14th, 2016 by | Comments Off on Hootsuite memudahkan ! | Filed in Umum

Hootsuite jimatkan masa anda untuk update status di media sosial.

Jika anda seorang usahawan internet yang aktif di media sosial, tetapi tidak mempunyai masa untuk melayari internet 24 jam sehari anda tentu berminat dengan hootsuite  .. anda kurang masa tetapi mahu dilihat sentiasa update perkembangan dan status terkini di media sosial seperti facebook, instagram, blog dan lain-lainya, aplikasi hootsuite adalah penyelesaian untuk anda .

Aplikasi hootsuite ini sangat bermanfaat dan membantu terutamanya bagi usahawan internet yang mempunyai banyak medium sosial serta mempunyai banyak Fanpage Facebook dan Group Facebook contohnya.

Bayangkan seorang usahawan yang mempunyai 30 Fanpage dan 50 Group Facebook aktif yang menjual pelbagai produk. Ini tidak termasuk akaun lain seperti Tweeter, blog, instagram dan lain-lain lagi.

Kerja-kerja update ini sudah tentunya amat memenatkan dan mengambil masa kita berjam-jam lamanya.

Kekerapan sesorang usahawan internet untuk mengemas kini status terutamanya di ruangan media sosial juga penting. Selain menunjukan ke aktifan seseorang melayari internet ianya dapat meningkatkan kepercayaan prospek anda, selain membantu untuk membantu meviralkan iklan produk di facebook anda contohnya.

Antara fungsi dan kelebihan hootsuite untuk usahawan internet :
Fungsi post status ke pelbagai media sosial secara real-time
Post status boleh di jadualkan mengikut masa yang kita mahu post tersebut di paparkan
Fungsi untuk melampirkan gambar dan pautan turut tersedia
Paling menarik aplikasi Hootsuite ini boleh digunakan secara percuma dan tanpa perlu diinstal ke laptop / pc kita.

Anda boleh daftar akaun percuma Hootsuite anda melalaui pautan berikut https://hootsuite.com/.

Brunei sumbang Blackhawk kepada Malaysia

January 29th, 2015 by | Comments Off on Brunei sumbang Blackhawk kepada Malaysia | Filed in Umum

gambar blackhawkUsaha mempertahankan Pantai Timur Sabah daripada ancaman pencerobohan pengganas Sulu selatan Filipina mendapat sokongan berharga daripada Brunei yang bersetuju menyumbang helikopter untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kementerian Pertahanan Brunei menerusi satu kenyataan hari ini mengesahkan ia bersetuju menyumbang helikopter jenis Sikorsky S-70A Blackhawk kepada Malaysia.

Ia bagaimanapun tidak menyatakan jumlah helikopter yang bakal disumbang kepada ATM.

“Kerjasama (di antara Brunei dan Malaysia) akan dipertingkatkan dengan rancangan penyerahan helikopter S-70A Blackhawk milik Tentera Udara Diraja Brunei kepada Angkatan Tentera Malaysia,” menurut Kementerian Pertahanan Brunei.

Helikopter Blackhawk masih lagi digunakan di Brunei, sebelum diserahkan kepada ATM seawal September ini apabila negara yang kaya minyak itu menerima versi helikopter yang lebih moden S-70i untuk kegunaannya.

Kedua-dua pihak menurut kementerian terbabit, akan berbincang lebih lanjut tentang rancangan penyerahan helikopter terbabit.

Kementerian Pertahanan Brunei berharap sumbangan helikopter tentera buatan Amerika Syarikat akan meningkatan keupayaan ATM dan kerjasama kedua-dua negara dalam memeliharan keamanan dan keselamatan serantau.

Kedua-dua negara mempunyai hubungan ketenteraan yang rapat dengan ATM dan Angkatan Tentera Diraja Brunei menyumbang anggota tentera dalam misi di Lubnan dan selatan Filipina.

www.gurucyber.net

Nak beli kereta tunai ? Follow Cara Ini ..

August 3rd, 2014 by | Comments Off on Nak beli kereta tunai ? Follow Cara Ini .. | Filed in Ilmu Bisnes, Umum

Keperluan : Perlu kereta untuk kerja
Batasan : Nak kumpul duit cukup sampai tua tak beli kereta
Solusi biasa : Pinjam Bank
Harga Kereta : RM40,000 – D/P RM4000 – bulanan RM438.33 Interest : 3.5% Tempoh : 9 Tahun
Keuntungan Bank : RM11,339.64 (lebih tinggi jika buat ZERO d/p dan ini tidak termasuk jika selalu kena penalti bayaran lewat)
Documentation Pembelian : RM4000 (Bank, Agreement, Insurance, JPJ yang semua ini biasa car dealer tak benarkan kita buat sendiri kecuali menggunakan runner mereka dengan rate yang telah mereka tetapkan…kita sain jer, lepas tu kita juga kena bayar bulan-bulan).
Jumlah EXTRA yang perlu dibayar kerana buat loan : RM25,339.64

Kita nak buat begini

Harga kereta : RM40,000 (RM38,000 – biasa boleh nego kalau tunai)
Bayaran : RM38,000
Untung bank : ZERO

Masalah biasanya ialah susah orang nak tunggu kerana kerata sangat perlu untuk pergi dan balik kerja. Mari saya cadangkan satu cara yang pernah berjaya dibuat oleh mereka yang pernah datang meminta nasihat sebelum ini (kita panggil beliau “Najib” – fresh graduate yang bekerja dengan swasta).

Anda target untuk memiliki sebuah Perodua Myvii berharga RM40,000 atau yang setaranya.

Misi : Kumpul duit RM40,000
Tapi : Perlu kereta segera

Kumpul RM4,000 dan mula dari situ. Dengan RM4000 itu boleh bayar downpayment HUTANG kereta baru ATAU dengan RM4000 itu boleh dapatkan sebuah Perodua Kelisa / Kancil yang berusia lebih 12 tahun. Masa ini biasanya bank sudah tak bagi finance kereta seumur itu dan harganya akan drop serendah-rendahnya kerana sasaran hanya kepada pembeli tunai. RM4000 boleh dapatkan sebuah kereta Kancil yang sangat mungkin kosmetiknya kurang tapi kerosakannya mungkin kurang.

Najib pilih ikuti nasihat untuk beli sebuah Perodua Kancil EX660 yang masih berkeadaan baik dengan harga RM3500 (Sebenarnya Proton Wira pun boleh dapat harga begitu…cuba cari di Mudah.My dan pastikan kita tak silap pilih kereta bermasalah). Pilih model yang spare-part dan repair murah dan kalau lebih baik dapatkan kereta yang dalam kondisi terjaga. Sekarang, untuk tujuan pergi dan bali kerja sudah tercapai. Yang tak tercapai ialah tiap-tiap raya tak boleh nak eksyen dengan bekas gelfren kononnya nak tunjukkan “achievement”. Tahap ni, kena sabar sikit kerana kawan-kawan sebaya termasuk junior sekolah pun dah mula tayang Honda City mereka (hutang) bayar tempoh maksimum.

TETAPI walaupun tiada komitmen bulanan, Najib dinasihatkan untuk membuat tabungan sebanyak RM450 sebulan di dalam pelaburan koperasi yang menguntungkan. Kalau beli kereta barupun, RM450 juga akan bayar bulan-bulan…anggaplah macam beli kereta dengan loan cuma RM450 kita laburkan bukan bayarkan loan. Dalam kes ini, Najib saya sarankan untuk melabur dalam KPF (Koperasi Permodalan Felda) kerana beliau juga anak Peneroka. Untuk pengetahuan, KPF bayar dividen sangat tinggi juga (selain itu dengarnya Koperasi Angkatan Tentera juga tinggi pulangannya). Jika tidak, paling teruk pun boleh masukkan dalam ASB atau Tabung Haji dengan kadar dividen yang “not bad” lah…jangan simpan dalam akaun simpanan yang ada ATM dan kemudian susah nak disiplinkan diri bila Sarcasteek keluarkan design-design baru…gatal jer nak gi shopping. Boleh juga cari prospek pelaburan lain yang mungkin lebih baik seperti emas, unit amanah, bon dan lain-lain, cuba intai-intai perunding kewangan yang terbukti rekodnya (saya cadangkan perunding dari The Millionaire Sister Group)

RM450 x 89 bulan = RM40,050
Apabila disekalikan dengan dividen pelaburan, tempoh 89 bulan itu boleh dikurangkan sehingga 70 bulan ataupun pada tempoh yang sama boleh dapat sampai RM55k-60k

Untuk kes Najib, beliau dapat disiplinkan diri untuk menyimpan RM450 dan dilabur dalam prospek pelaburan yang cerdik. Bulan ke 70 sahaja, beliau dah ada RM40k (kira-kira 5 tahun lebih). Mari kita mula kira

Dalam simpanan : RM40,000
Harga Perodua Kancil lama : RM2000
Tempoh tahan sabar kerana tak macho : 70 bulan

Ok, asalnya beliau nak beli sebuah kereta MyVii baru RM40k kan? Tapi selepas beliau dah ada kuasa tunai, beliau dapat beli sebuah Honda CRV terpakai yang masih dalam kondisi “Nora Danish” (cun) dan mempunyai maintenance yang rendah serta trade-in value yang tinggi dengan apa yang beliau ada. Disebabkan pembelian secara tunai, sebuah kereta Honda CRV dengan harga buka RM55k boleh tawar sampai harga RM45,000.

Sekarang, Najib sedang mencarum semula dalam dana keretanya sebanyak RM600 sebulan. Dalam tempoh 7 tahun akan datang, Najib boleh memiliki sebuah Mercedes S320 terpakai dengan harga RM100k (harga beli baru RM800k). Ada cara lebih baik jika masih sabar, beli sahaja kereta pada nilaian RM20-30k dan selebihnya teruskan mencarum untuk pelaburan dan lebarkan prospek pelaburan yang ada. Macam orang tanam pokok yang dah berbuah, nak ambil buah jangan tebang pokok tu, trim sikit sudahlah…and let the money work for you.

Kita tak perlu jadi penganalisis ekonomi untuk jadikan kita bijak. Kita cuma perlu BERPUASA sedikit. 7 tahun sahaja orang rasa tak cool bawa kereta cabuk. Lepas 7 tahun…kawan yang pakai Hondai City tu masih terkial-kial bayar bulanan. Awak dah bawa kereta lebih tinggi statusnya secara TUNAI.

Boleh cuba sekarang. Saya tahu kerana saya pernah jadi orang bodoh yang rakus mahukan impresi orang dengan kereta baru yang HUTANG dan dari situ saya belajar…untuk BERPUASA dan beli kereta bukan untuk tayang pada orang lalu saya mampu bebas dari hutang kereta. Saya juga pernah berkata, kenapalah aku bodoh sangat kerana tidak tahu perkara ini dari zaman muda dahulu lagi.

Jaguar S-Type (muka jongos) pada zaman kegemilangannya pada tahun 2001 dahulu berharga sekitar RM800k dan hanya RM50k pada hari ini. Orang tetap lihat…itu ialah Jaguar. Bawa Jaguar baru RM800k dan Jaguar terpakai RM50k jenamanya tetap sama. Pak Bilal yang taknak kahwinkan anaknya kepada kamu kerana kamu pakai Kancil 660 pun tak tahu beza harga Jaguar baru dan 2nd hand pun.

Beli kereta untuk keperluan…jangan bayar lebih untuk puaskan hati sendiri dengan sakitkan mata dan hati orang lain yang melihat. Lagi satu, orang kata kalau beli kereta tunai nanti income tax cari…jangan takut pasal perkara ini jika anda bukan jenis orang lari dari cukai. Cukai hanya kutip berdasarkan pendapatan kita dan bukan kerana kita beli kereta tunai.

Sekian tips kewangan dari kisah sendiri. Ini SEKADAR TIPS dari saya dan saya pasti ada ribuan tips lain yang lebih baik. ALASAN TETAP ADA UNTUK TIDAK MELAKUKANNYA DAN ITU SEMUA PILIHAN ANDA. Tidak ada paksaan dan satu statement mengatakan apa yang saya tips kan ini satu ketetapan negara…maka, tak perlu beri alasan sangat kepada saya. Saya tak perlu pun dengar alasan untuk mengubah apa yang telah berjaya dilakukan (past-tense dah). Ini bukan isu beli liabiliti dengan tunai satu tindakan kurang bijak…tetapi pada saya, ini cuma satu usaha untuk tidak commit kepada riba termasuk “Riba’ Islamic”.

Selamat mencuba.

Sila share supaya anda dibenci oleh bank-bank. Takpe biar bank benci anda tak mengapa, jika kereta anda rosak…bukan bank datang tolong pun.

* Pengiraan di atas bukan figure tepat tetapi sekadar anggaran untuk menunjukkan idea merancang kewangan sahaja dan tak perlu tiru, ubahsuai mengikut situasi masing-masing. Harap tiada yang mempersoalkan matematiknya

** Untuk tips beli rumah tunai, itu tunggulah…nanti saya sembang lain kali. Boleh sebenarnya kalau nak.

Kredit : Saiful Nang

Tags:

Waze perkenal fungsi baharu

August 2nd, 2014 by | Comments Off on Waze perkenal fungsi baharu | Filed in Umum

waze
Salam sejahtera buat semua ,
Musim raya masih hangat , esok lusa jalanraya pastinya penuh sesak dengan kenderaan menuju destinasi masing-masing .. almaklumlah .. ahad ini sudah ada sahabat kita yg sudah mula bekerja kembali setelah lama bercuti berhari raya .. ada juga yang akan mula bekerja isnin nanti..

Kesesakan jalanraya memang amat memenatkan .. apa kata kita bertukar kepada waze kerana dengan waze kita dapat melihat dan mengenalpasti di mana ada kesesakan dan boleh mencari jalan lain sebagai alternatif ..

GOOGLE telah mengemaskini aplikasi Waze milik mereka melalui versi Waze 3.8 untuk iOS dan juga Android yang menyertakan beberapa fungsi baru, di samping memberikan nafas baru kepada bahagian profil.Waze 3.8 dilihat memudahkan pengguna untuk berkongsi lokasi ketika ingin anda ke sesuatu lokasi bersama-sama rakan dan ahli keluarga anda.Perkara ini sekali gus memudahkan anda memberitahu berkenaan masa yang diambil oleh anda untuk tiba ke destinasi, di samping Waze akan turut menawarkan kemaskini berkaitan kesesakan jalan raya kepada mereka yang anda kongsi lokasi.

Di samping itu, pihak Waze turut dilihat hadir dengan kemaskini bahagian profil, dan memudahkan pengguna untuk menambah rakan-rakan baru menggunakan nombor telefon.

Bagi anda yang menggunakan Waze, boleh mengemaskini aplikasi anda kepada Waze 3.8 sekarang dan menggunakan beberapa fungsi yang dibawakan olehnya.

KONGSI PETUA PEMANDUAN PERJALANAN DI JALAN RAYA OLEH PDRM.

July 26th, 2014 by | Comments Off on KONGSI PETUA PEMANDUAN PERJALANAN DI JALAN RAYA OLEH PDRM. | Filed in Umum

Raya datang lagi !

Selamat Berhari Raya Buat Semua Pembaca Blog GuruCyber.net

panduan keselamatan jalanraya PDRM