«

»

Feb 11

Bazar GuruCyber berjaya di upload

Salam sejahtera buat semua..

Alhamdulillah.. ini hasilnya >>> Link  
Akhirnya sebuah laman berkonsepkan e shop berjaya di luncurkan ke alam maya …

Sebenarnya saya telah lama merancang untuk membina sebuah laman blog yang berkonsepkan e shop tapi disebabkan kekangan masa ia tertangguh dari sehari ke sehari …

Hari ini ia menjadi kenyataan setelah melakukan beberapa siri cuba jaya akhirnya berjaya .. Sahabat sekalian , saya tahu ramai diluar sana yang inginkan web sedemikian namun terpaksa memendam sahaja samada tidak mahir atau tidak cukup modal untuk mengupah pakar yang tentunya agak mahal caj nya..

Untuk pengetahuan semua..saya membina  bazar@gurucyber hanya menggunakan platform wordpress dan menggunakan hanya beberapa plugin yang mudah.. insyaAllah jik ada kesempatan dan kelapangan saya akan detailkan bagaimana membina web tersebut langkah demi langkah sebagai panduan untuk sahabat semua.

Kini , trend membina laman jualan online amat popular berbanding 2-3 tahun lepas ..pelbagai online store , eshop dan banyak lagi boleh kita temui di internet … pelbagai platform juga digunakan untuk membangunkan online store masing-masing .. namun tujuannya tetap satu .. mendapatkan jualan..

OK , next post saya nanti akan saya kongsi bagaimana untuk membangunkan online store ringkas seperti bazar@gurucyber  dan dari mana untuk dapatkan produk untuk dijual disitu insyaAllah..
Mata dah terasa berat ..kepala pun berat .. so , jumpa lagi di post akan datang ..

sekian..