«

»

Jun 29

Bawah tudung saji

Salam sejahtera buat semua ..

Pendek jer tajuk hari ni … ” Bawah Tudung Saji ” … Sebelum saya teruskan , satu soalan untuk sahabat semua..

Anda balik dari kerja dalam keadaan yang lapar dan dahaga …. berjalan ke ruang makan dirumah dan terlihat diatas meja satu tudung saji … Dalam kepala anda sudah tentu ada bayangan makanan yang tersaji dibawah tudung saji tersebut…

Sekiranya diberikan pilihan …

A .dibawah tudung saji itu ada pelbagai makanan..
B. dibawah tudung saji itu hanya ada satu jenis makanan..

Yang mana anda akan pilih ?? ..

Ho ho , main teka teki la pulak..

ermmm .. dah dapat jawapan ? Saya pasti ramai yang akan pilih A ! amacam betul tak ..

Ok , sebenarnya saya nak kaitkan dengan Blog terutama dalam menarik trafik datang ke blog kita … untuk pemain adsense .. trafik amat – amat lah penting .. so , mari kita ambil pengajaran dari perkara diatas …

Visitor sudah tentunya akan lebih berminat dengan blog yang menyajikan pelbagai perkara dan aspek berbanding dengan satu perkara atau aspek saja… Mybe ada yang suka blog yang meyajikan satu perkara sahaja tapi jarang-jarang berlaku…

Tapi ….. haaa ada tapi lagi…kata kena ikut niche ? .. yup memang betul Niche memainkan peranan amat penting untuk SEO terutamanya dan menarik visitor tetap … namun kepelbagaian tetap perlu untuk mengelakkan visitor bosan dengan blog yang mereka lawati…

So , fikir-fikirkan apakah bentuk blog yang kita inginkan …

 

GuruCyber says:

selamat datang …

Ajis says:

blogspot saya ni baru lagi. masih lagi dalam proses utk tarik trafik, termasuklah datang2 jalan2 kat blog ni, hehe :)
belum mahir lagi pasal adsense ni, dalam proses blogwalking
terima kasih ya