«

»

Jul 28

Autoresponder tanpa bayaran bulanan atau tahunan

Salam ramadhan buat semua…

Bertemu lagi dalam ruangan bijak ict kelolaan mangurucyber atau ringkasnya mGc… hehe , gurau dipagi sabtu nan indah.. jangan marah yer..

Ok , balik pada tajuk.. bila sebut autoresponder saya 99.9% yakin ramai yang mengenalinya … namun saya juga terfikir masih ada 0.01% rakan dan sahabat kita yang tak tau apa itu autoresponder..

Tulisan kali ini saya bukan nak berkongsi apakah autoresponder tapi seperti tajuk diatas iaitu autoresponder tanpa bayaran bulanan atau tahunan  .. Bagi sahabat yang belum kenal apa itu autoresponder boleh la google sikit dan cari maklumat tentang persoalan tersebut..

Allrite ! .. jika anda seorang IM ( internet marketer ) atau penjual diinternet atau usahawan internet atau sewaktu dengannya … autoresponder adalah satu komponen penting yang tidak harus dipandang ringan demi untuk membangunkan empayar perniagaan anda .. senjata ini amat ampuh untuk meningkatkan jualan maupun meningkatkan populariti kita sebagai seorang usahawan internet.. INGAT ! .. bisnes internet bergantung sepenuhnya kepada keparcayaan dan amanah … jika orang tidak percayakan anda bisness anda akan hancur.. jika anda tidak amanah juga bisness anda akan hancur..

Top autoresponder dalam kalangan IM adalah seperti awaber dan getrespons … namun kedua-dua autoresponder ini memerlukan komitment bulanan dan ada sesetengan IM yang baru nak bermula ramai yang gulung tikar kerana tidak mahir menggunakan autoresponder tersebut dan hanya bayar bulanan tanpa dapat apa-apa benefit dari autoresponder tersebut..mengapa mereka menggunakan autoresponder tersebut ?.. sebanarnya ramai yang terpengaruh dengan otai2 IM yang menggunakan autoresponder tersebut… juga dengan alasan yang berbayar lebih baik dari yang percuma… erm…

So , hari ini bagaimana kita ubah sedikit persepsi kita tentang barang mahal lebih baik dari yang murah … kita twist sikit pemikiran kita tentang perkara itu …

Untuk pengetahuan , ramai IM yang berjaya diluar sana menjana ribuan ringgit sebulan hanya dengan autoresponder percuma ! .. ya , ini realiti…

Ok , hari ini saya ingin mengajak sahabat semua ubah persepsi sahaja dulu… post akan datang saya akan kongsi dimana kita boleh dapatkan autoresponder tanpa bayaran bulanan atau tahunan @ percuma untuk kita gunakan bagi mengembangkan perniagaan internet kita … Insyaallah ia sangat berkesan…

jangan lupa nanti kan update dari saya .. sekian…

strong

elner says:

emelmatik pun owkey gak.. :)
singgah2 kat tempat saya pula :)
Vynersoft