Mar 29

TIPS MENAIKKAN SALES : BINA TRIBE

panduan simple fb ads malaysia

Seperti yang dijanjikan saya akan kongsikan tips apabila menepati syaratnya. Jadi saya ingin berkongsi satu tips bagaimana ingin menaikkan sales tanpa buat fb ads.

Apa yang saya maksudkan adalah kita bina branding. Branding itu adalah diri kita sendiri, bukan produk kita. Mula-mula diri kita dahulu dan produk akan menyusuli apabila nama kita sudah dikenali di kalangan rakan facebook.

Bagaimanakah kita nak bina tribe?

Dalam rakan facebook kita berlainan latar belakang dan juga berlainan minat. Ada yang berminat tentang homeschooling, natural birth, ada yang suka baca tentang pengalaman orang yang bekerja dari rumah, ada yang suka baca tentang masakan, ada yang suka baca tentang tips sama ada tips business atau tips kurus, ada yang suka baca tentang motivasi dan lain-lain.

Jadi mula-mula, apa yang anda perlu buat:

-Letakkan nama sebenar di facebook
-Letakkan profile picture gambar anda bukan gambar kucing
-Setting akaun facebook kepada public agar rakan kepada rakan kita dapat juga baca status
-Cari apa yang anda minat kongsikan. Kongsikan secara konsisten selama 21 hari dan inshaallah bila dah selalu buat ia akan jadi biasa
-Dalam sehari jangan banyak sangat iklan produk
-Jangan tulis status tentang perkara negatif dan perkara tidak berfaedah, contohnya saya tengah bosan
-Konsisten tulis status tentang dan lama-kelamaan anda berjaya bina tribe yang saya maksudkan.
Kesan yang anda akan dapat secara tak langsung dari ini adalah akan menaikkan Sales anda sebab customers akan cari anda dan berminat dengan produk anda.

SELAMAT MENCUBA

 

Mar 25

Automasikan Bisnes Anda Di Facebook

ANDA ADA RIBUAN FANS ATAU PROSPEK DI FACEBOOK TETAPI SAYANGNYA ANDA TIDAK PERNAH SIMPAN DATABASE MEREKA!

 

Sebenarnya agak MUSTAHIL untuk anda menyalin maklumat prospek satu per satu. Anda akan RUGI BANYAK MASA dan terpaksa abaikan perkara yang lebih penting. Atas sebab itulah JOMFB dicipta.

Sistem akan automatik ‘CAPTURE’ semua DATABASE PROSPEK yang komen atau mesej di Fanpages anda.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh hantarkan MESEJ FOLLOW UP secara pukal kepada mereka hanya dengan satu klik!

Feb 07

Peroleh Rm1000 seminggu hanya dengan menjual madu

Rm1000 seminggu bukan mustahil untuk dicapai . Itulah kata2 seorang penternak lebah kelulut yang sedang hangat di perkatakan sekarang .

Saya sendiri mempunyai pengalaman selama lebih 2 tahun dalam penternakan dan mengakui pendapatan sedemikian memang dapat di capai oleh seseorang penternak.

Ramai yang masih kurang mengenali apakah yang di katakan lebah kelulut . Mulai hari ini saya akan mengupas satu persatu apakah yang dikatakan ternakan lebah kulut dan langkah demi langkah memulakannya .

ternakan lebah kelulut boleh dijadikan salah satu sumber pasif income bagi kita kerana ia hanya memerlukan perhatian yang sederhana dan hanya sekali modal permulaan .

Bagi mereka yang berminat untuk bermula boleh mula mengikuti perkembangan di blog ini dan saya akan kongsinya berdasarkan pengalaman dan ilmu dari kursus kursus yang saya telah hadiri .

 

Mar 14

Hootsuite memudahkan !

Hootsuite jimatkan masa anda untuk update status di media sosial.

Jika anda seorang usahawan internet yang aktif di media sosial, tetapi tidak mempunyai masa untuk melayari internet 24 jam sehari anda tentu berminat dengan hootsuite  .. anda kurang masa tetapi mahu dilihat sentiasa update perkembangan dan status terkini di media sosial seperti facebook, instagram, blog dan lain-lainya, aplikasi hootsuite adalah penyelesaian untuk anda .

Aplikasi hootsuite ini sangat bermanfaat dan membantu terutamanya bagi usahawan internet yang mempunyai banyak medium sosial serta mempunyai banyak Fanpage Facebook dan Group Facebook contohnya.

Bayangkan seorang usahawan yang mempunyai 30 Fanpage dan 50 Group Facebook aktif yang menjual pelbagai produk. Ini tidak termasuk akaun lain seperti Tweeter, blog, instagram dan lain-lain lagi.

Kerja-kerja update ini sudah tentunya amat memenatkan dan mengambil masa kita berjam-jam lamanya.

Kekerapan sesorang usahawan internet untuk mengemas kini status terutamanya di ruangan media sosial juga penting. Selain menunjukan ke aktifan seseorang melayari internet ianya dapat meningkatkan kepercayaan prospek anda, selain membantu untuk membantu meviralkan iklan produk di facebook anda contohnya.

Antara fungsi dan kelebihan hootsuite untuk usahawan internet :
Fungsi post status ke pelbagai media sosial secara real-time
Post status boleh di jadualkan mengikut masa yang kita mahu post tersebut di paparkan
Fungsi untuk melampirkan gambar dan pautan turut tersedia
Paling menarik aplikasi Hootsuite ini boleh digunakan secara percuma dan tanpa perlu diinstal ke laptop / pc kita.

Anda boleh daftar akaun percuma Hootsuite anda melalaui pautan berikut https://hootsuite.com/.

Mar 06

rapidshare ucap selamat tinggal 31 mac

RapidShare merupakan antara laman popular
terawal yang menawarkan sokongan
perkongsian fail, sekaligus memudahkan
pengguna untuk menghantar fail kepada
rakan-rakan yang mana ketika itu tidak
disokong saiznya melalui fungsi attachment.

Kini, selepas beroperasi lebih kurang 13 tahun,
laman tersebut akan menamatkan operasinya
pada bulan hadapan.

RapidShare, dengan kebolehan hos akan fail
bersaiz besar, ia turut menjadi salah satu
laman yang digunakan ramai untuk berkongsi
fail berhak-cipta. Perkara ini turut
membuatkan RapidShare menjadi salah satu
sasaran pihak berkuasa sebelum ini.

Untuk mengelakkannya, pihak RapidShare
sebelum ini telah menjenamakan semula
perkhidmatan mereka sebagai ruangan storan
awan.

Namun, dengan pelbagai perkhidmatan,
terutamanya daripada gergasi internet lain, ia
membuatkan pihak RapidShare sukar untuk
bersaing dan mendapatkan angka pengguna
tinggi seperti pada awalnya.

Kini, RapidShare melalui laman rasmi mereka
telah pun mengumumkan yang mana mereka
akan menamatkan perkhidmatan pada 31 Mac
2015. Selepas tarikh tersebut, semua akaun
dan fail pada pelayan mereka akan dipadam
secara automatik.

Pihak RapidShare meminta pengguna sedia
ada untuk membuat salinan pendua simpanan
fail mereka, sebelum ia terpadam dalam
tempoh lebih kurang sebulan lagi.

Feb 03

Kupon Diskaun Lelong.my

Salam sejahtera ..

Siapa yang tak kenal dengan laman web Lelong.my ..

Bagi mereka yang biasa membuat belian secara atas talian pasti akan mengenali laman lelong .. bagi saya ia adalah lama jualan atas talia yang tertua di negara ini ..

Tahukah anda , lelong ada menyediakan page khas yang mengumpulkan kupon diskaun bagi pembeli mendapatkan potongan harga untuk setiap belian di laman lelong ?.. yer.. diskaun akan diberikan oleh penjual dengan memasukkan code kupon yang disediakan .. kupon ini pula bertempoh ..

Jadi disini saya kongsikan url dimana anda boleh dapatkan kupon diskaun tersebut .. semoga bermanfaat untuk semua ..

sila klik sini untuk ke mendapatkan kupon diskaun lelong ..

Older posts «